Online Naat Pakistan Download Free Naat Pakistani NaatKhawan List Name Pictures Islamic Pictures Islamic Quotes Islamic Blog Islamic Audio and Video Collection
Monday, 5 August 2013
Tanda-tanda malam lailatul qadar | malam lailatul qadar 2013
lailatul qadar 2013
Hari ni dah 15 hari kita berpuasa dah
pertengahan ramadhan dah pun kan….rasa sekejap jer masa berlalu kan…bila
menjelang hujung-hujung ramadhan ni malam yang dinanti iaitu malam lailatul qadar, 10 hari terakhir Ramadhan merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan iaitu malam lailatul qadar yang dikatakan malam yang lebih baik dari seribu bulan..
Teringat kecik-kecik dulu suka sangat
ikut mak gi semayang terawih…bukan aper seronok lepas solat bole memain
ngan kenkawan…lepas tu makan2 huhu (moreh)…suka betul time tu…zaman
kecik-kecik memang saya ni kuat makan…nak -nak time tu ader bubur lambuk
takpun puteri mandi memang ngadap makanan sampai mak eleng kepala…lepas
tu dia jegil2 kan mater ha dah paham maksudyer kena stop la tu…kalo
takkan memang kena penyubit paling bisa kat peha hehe…
♥¸¸:•*´¯*✿ ✿*´¯`*:¸¸♥
kat sini saya nak kongsikan sedikit mengenai tanda-tanda malam Lailatul Qadar…. hari tu ader baca kat email untuk kita hayati bersama….
Rasulullah SAW telah menjelaskan di antara tanda-tanda malam Lailatul Qadar ialah
Rasulullah SAW telah menjelaskan di antara tanda-tanda malam Lailatul Qadar ialah:
- Lailatul Qadar adalah Malam yang sepi, tenang dan bercahaya;
- Pada malam Lailatul Qadar Tidak panas atau sejuk (sederhana) seolah bulan memancar terang;
- Pada malam Lailatul Qadar juga Tiada petir atau kilat sabung menyabung sehingga subuh;
- Pada paginya matahari akan timbul tanpa pancaran cahaya, seperti bulan mengambang
- Tanda ini amat jarang ditemui, kecuali tanda terakhir yang pernah terjadi. Andai bertemu dengan malam ini, maka ucapkanlah doa berikut yang bermaksud:
“Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang mengurniakan keampunan terhadap dosaku. Dikau suka mengampun, maka ampunilah daku.”
Pada malam Lailatul Qadar ini
juga Jibrail a.s akan turun ke bumi dan mengarahkan setiap malaikat
berkunjung, memberi salam dan berjabat tangan dengan mukmin yang sedang
beribadat di rumah mereka. Namun malaikat-malaikat ini tidak akan
mendatangi mana-mana rumah yang di dalamnya ada haiwan-haiwan peliharaan
yang haram, penzina, juga rumah yang di dalamnya tergantung perhiasan
atau gambar haiwan dan manusia. Justeru, awasilah perlakuan kita dan
sentiasalah berusaha meningkatkan iman, terutamanya dalam Ramadhan ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)